Sunday, September 6, 2009

'Jiwa masa depan kami'

ROSE AIDA ISMAIL
________________________________________

Salah seorang pemimpin yang terawal menyertai Jiwa ialah seorang bekas guru, Rose Aida Ismail.
Perjalanan Rose Aida dalam bisnes rangkaian meskipun tidak bermula di Jiwa, sekurang-kurangnya beliau merasa bangga kerana membuat keputusan paling tepat yang mengubah haluannya ke syarikat berkenaan sejak awal tahun lalu.
"Di syarikat MLM sebelum ini, saya sudah cukup selesa. Dengan pendapatan ratusan ribu sebulan, saya anggap ia satu rezeki tetapi malangnya saya tidak menemui keseronokan yang hakiki. Selalu sahaja ada masalah yang membuatkan saya akhirnya nekad untuk mencari bisnes baru.
"Bertemu dengan Tengku Intan dan Jiwa meyakinkan saya bahawa bisnes ini mampu terus memberi peluang kepada saya meraih pendapatan yang sama seperti dulu. Jadi, saya mencuba. Alhamdulillah, sekarang hasilnya sudah nampak dan saya tidak pernah menyesal meninggalkan syarikat lama untuk bersama dengan syarikat baru ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Ros Aida, Tengku Intan tidak pernah 'lokek' masa untuk turun ke peringkat akar umbi bagi membina bisnes berkenaan di seluruh negara.
"Seperti nama Jiwa sendiri, Tengku memberi sepenuh jiwa dan raganya untuk membantu ahli di bawah bisnes rangkaian kami. Itu yang menariknya.


MOHD. HAFEZ OSMAN
________________________________________

"Dengan sistem bisnes yang membolehkan anda mendapat pendapatan lumayan, ada pendapatan harian dan tetap setiap bulan, ditambah dengan komitmen pemimpin atasan yang cukup komited, saya percaya Jiwa mampu pergi jauh dan memberi keuntungan kepada setiap ahlinya," katanya.
Seorang lagi pemimpin yang meraih pendapatan lumayan ialah Mohd. Hafez Osman yang turut mempelawa banyak pihak supaya yakin untuk mencuba keahlian Jiwa.
"Bercakap tentang bisnes, maknanya kita bercakap tentang masa depan. Di sini, kami yakin masa depan kami akan lebih terurus dan kami akan menggapai cita-cita meraih pendapatan berganda kerana peluang di Jiwa masih terbuka luas.
"Seboleh-bolehnya, kami akan membantu usahawan baru untuk turut meraih pendapatan hebat sama seperti kami," janji Hafez.


::SUMBER ASAL DARI AKHBAR KOSMO 7 SEPTEMBER 2009:

No comments:

Post a Comment