Sunday, September 6, 2009

Aristokrat ke dunia MLM

Oleh TENGKU KHALIDAH BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my











JIWA diinspirasikan oleh Tengku Intan untuk mendekati masyarakat.
________________________________________


MELALUI zaman kecil, membesar dan dewasa sebagai anakanda kepada pemerintah negeri, sedikit pun tidak pernah melekakan lelaki yang satu ini.
Sebaliknya setiap masa dan ketika, beliau cuba untuk terus mendekati masyarakat, meladeni kehidupan mereka tanpa sedikitpun rasa janggal dan terasing.
Kehidupan di istana besar yang serba mewah, terjaga dengan protokol tidak pernah dijadikan sebagai benteng yang menyekat untuk beliau terus akrab dengan rakyat biasa.

"Selalulah melihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung. Percayalah, hanya dengan itu, kita akan sentiasa memahami apa masalah dan penderitaan orang lain," demikian tutur lelaki segak berkulit kuning langsat dan tinggi lampai itu memulakan bicara.

Dalam nada penuh sopan, lembut dan menghargai lawan bicaranya, beliau bercakap dengan penuh yakin dan mendorong.
Bicaranya terus mereneh dan bersambung: "Kemewahan atau kehebatan individu tidak akan bermakna kalau kita melupakan golongan yang memerlukan.

"Perlu ada keseimbangan dalam kehidupan dan saya tidak pernah melihat status bangsawan sebagai benteng yang memisahkan kehidupan saya dengan masyarakat luar yang lain," jelas Tengku Datuk Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.
Beliau merupakan putera kepada Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan yang pernah mentadbir negeri Pahang Darul Makmur.

Adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Sir Abu Bakar yang mesra dengan panggilan Tengku Intan itu berkongsi cerita terbarunya dengan Kosmo!.
Beliau baru sahaja menubuhkan satu bisnes yang barangkali tidak pernah terfikir untuk diceburi oleh golongan aristokrat lain.

Bisnes untuk orang susah


Dari pandangan mata kasar, dunia bisnes Multi Level Marketing (MLM) adalah dunia untuk orang-orang susah, rakyat miskin yang mahu mencari duit lebih buat menampung kehidupan harian.

Malah, MLM juga dilabel sebagai satu bisnes yang dicemari dengan pelbagai agenda korup, menabur janji-janji palsu yang pada akhirnya hanya akan menguntungkan pemimpin atasan yang mendaftar awal. Sebaliknya, Tengku Intan tidak pernah malu untuk sama-sama mewarnai dunia bisnes MLM dan nekad untuk merobah stigma buruk terhadapnya.

Menubuhkan syarikat Jiwa Realiti Sdn. Bhd., maka lahirlah produk jenama Jiwa di bawah pelaksanaan bisnes secara rangkaian yang sudah terbukti mampu mengubah kehidupan manusia biasa-biasa menjadi luar biasa.

Jiwa akan menjadi satu syarikat MLM bersih yang tidak berselindung di sebalik janji-janji palsu, sebaliknya berikrar untuk memberikan pendapatan yang selumayan mungkin kepada ahlinya melalui pelan pemasaran berperikemanusiaan.
"Jiwa adalah inspirasi saya sendiri untuk bersama-sama, erat dan dekat dengan masyarakat. Di Jiwa, keutamaan kami adalah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui bisnes rangkaian, bukan wang semata-mata.











TENGKU INTAN (empat dari kanan) dan pemimpin-pemimpin Jiwa yang lain mahu mengubah stigma orang ramai berhubung bisnes MLM dan membantu mereka yang memerlukan.
________________________________________


"Justeru, kelahiran Jiwa bukan untuk bersaing dengan syarikat MLM mapan yang telah sedia ada, sebaliknya kami menawarkan sesuatu yang jauh lebih bagus daripada mereka kepada ahli-ahli kami.

"Walaupun baru setengah tahun didaftarkan, kita sudah berjaya menarik perhatian hampir 5,000 ahli untuk bersama Jiwa. Ini satu rekod yang cukup memberangsangkan," kata graduan Universiti North Wales, United Kingdom itu.

Dorongan

Apakah yang mendorong Tengku Intan menceburkan diri dalam bisnes MLM? Semuanya bertitik tolak daripada perasaan ingin membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk meraih sukses dalam hidup.

Melalui pelbagai kajian dan penilaian yang begitu lama, beliau akhirnya akur bahawa bisnes rangkaian adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu bisnes yang sedikit sebanyak dipunyai sebelum ini."Saya tahu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mudah hendak memulakan bisnes. Ini kerana bisnes memerlukan modal yang besar. Jadi, satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar ialah MLM.

"Lagi pun, saya teringat kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Antara bidang yang digalakkan Tun untuk diceburi oleh rakyat pada ketika itu adalah bidang MLM. Sehubungan itu, saya melihat bidang ini mempunyai satu tarikan yang tersendiri," ujar beliau.

Hari ini Jiwa semakin diterima ramai dan telah mula membuahkan hasil. Kemunculan beberapa kelompok pemimpin yang menjadi perintis di Jiwa membuktikannya adalah satu bisnes yang 'boleh buat duit'.

"Saya seronok apabila sebahagian pemimpin Jiwa sudah ada yang merasa bonus berpuluh ribu ringgit setiap bulan. Ada juga di antara mereka yang sudah mencecah ratusan ribu pendapatannya.

"Melihat orang seperti mereka inilah yang menguatkan lagi semangat saya untuk memberikan yang terbaik kepada ahli-ahli dan bakal ahli Jiwa," kata Tengku Intan.
Produk dagangan utama syarikat berkenaan adalah berteraskan kesihatan dan kecantikan. Antara yang terhangat adalah Trophic Puree, Aivonda Revitalising Cream dan Moor Airvonda Facial Bar.

Ke pasaran OIC


Buat masa ini, Jiwa Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa Realiti) baru sahaja mengembangkan perniagaan ke semua negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Majlis menandatangani perjanjian antara Jiwa Realiti dan OIC World Trade (OWT) telah pun ditandatangani pada 20 April 2009 di Seri Kembangan, Selangor.

Jika segala-galanya menjadi kenyataan, setiap produk yang bernaung di bawah Jiwa akan dipasarkan di 57 buah negara-negara yang berpayung di bawah OIC.
"Sejumlah 90 peratus produk kecantikan keluaran Jiwa Realiti adalah berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan manakala 10 peratus lagi diimport dari luar negara termasuk dari Brazil.

"Jadi, sesuai benar kalau kita bekerjasama dengan pihak OWT bagi memasarkan produk-produk kami ke seluruh negara Islam di seluruh dunia.
"Inilah ko mitmen syarikat kami kepada ahli-ahli dalam mengukuhkan lagi jenama Jiwa ke pasaran dalam dan luar negara," kata Tengku Intan lagi sambil mereka yang berminat untuk berkongsi strategi terhebat yang disediakan di Jiwa.

::SUMBER ASAL DARI AKHBAR KOSMO 7 SEPTEMBER 2009:

'Jiwa masa depan kami'

ROSE AIDA ISMAIL
________________________________________

Salah seorang pemimpin yang terawal menyertai Jiwa ialah seorang bekas guru, Rose Aida Ismail.
Perjalanan Rose Aida dalam bisnes rangkaian meskipun tidak bermula di Jiwa, sekurang-kurangnya beliau merasa bangga kerana membuat keputusan paling tepat yang mengubah haluannya ke syarikat berkenaan sejak awal tahun lalu.
"Di syarikat MLM sebelum ini, saya sudah cukup selesa. Dengan pendapatan ratusan ribu sebulan, saya anggap ia satu rezeki tetapi malangnya saya tidak menemui keseronokan yang hakiki. Selalu sahaja ada masalah yang membuatkan saya akhirnya nekad untuk mencari bisnes baru.
"Bertemu dengan Tengku Intan dan Jiwa meyakinkan saya bahawa bisnes ini mampu terus memberi peluang kepada saya meraih pendapatan yang sama seperti dulu. Jadi, saya mencuba. Alhamdulillah, sekarang hasilnya sudah nampak dan saya tidak pernah menyesal meninggalkan syarikat lama untuk bersama dengan syarikat baru ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Ros Aida, Tengku Intan tidak pernah 'lokek' masa untuk turun ke peringkat akar umbi bagi membina bisnes berkenaan di seluruh negara.
"Seperti nama Jiwa sendiri, Tengku memberi sepenuh jiwa dan raganya untuk membantu ahli di bawah bisnes rangkaian kami. Itu yang menariknya.


MOHD. HAFEZ OSMAN
________________________________________

"Dengan sistem bisnes yang membolehkan anda mendapat pendapatan lumayan, ada pendapatan harian dan tetap setiap bulan, ditambah dengan komitmen pemimpin atasan yang cukup komited, saya percaya Jiwa mampu pergi jauh dan memberi keuntungan kepada setiap ahlinya," katanya.
Seorang lagi pemimpin yang meraih pendapatan lumayan ialah Mohd. Hafez Osman yang turut mempelawa banyak pihak supaya yakin untuk mencuba keahlian Jiwa.
"Bercakap tentang bisnes, maknanya kita bercakap tentang masa depan. Di sini, kami yakin masa depan kami akan lebih terurus dan kami akan menggapai cita-cita meraih pendapatan berganda kerana peluang di Jiwa masih terbuka luas.
"Seboleh-bolehnya, kami akan membantu usahawan baru untuk turut meraih pendapatan hebat sama seperti kami," janji Hafez.


::SUMBER ASAL DARI AKHBAR KOSMO 7 SEPTEMBER 2009:

Friday, September 4, 2009

Galery














SEKITAR MAJLIS MOU DENGAN OIC WORLD TRADE:












ENDORSEMENT JIWA REALITI SDN BHD TO PROMOTE HIS PRODUCT & SERVICES TO THE 57 ORGANISATION OF THE ISLAMIC COUNTRIES


















SIJIL AKTA JUALAN LANGSUNG

Hubungi Kami

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN JUGA APPOIMENT HUBUNGI:

MUHAMMAD HANIF (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG)
0192724500

EMMA (PERAK, SELANGOR, N.SEMBILAN)
0136022315

DANZ (MELAKA, JOHOR, PAHANG,)
0133983946

EMAIL
D2_DIESEL@YAHOO.COM
SKYPE
D2_DIESEL

Marketing Plan




Susunan dalam gambarrajah diatas itu hanya semata mata untuk menjelaskan tentang bonus sponsor, sekiranya kita menaja downline kita, susunan yg sebenarnye tetap jugak dua kaki A dan B seperti gambar rajah di bawah.

Bayangkan sekiranya, anda menaja sepuluh org dlm masa sehari, tidakkah anda akan mendapat RM800 untuk hari tersebut. Jumlah ini hanyalah bonus untuk sponsor sahaja tidak lagi dicampur dengan bonus2 yang lain.














Dalam bonus Level Paring Bonus, pihak syarikat akan membayar sebanyak RM80/level. Dimana pembayaran untuk bonus ini tiada hadnya. Tiada level. Selagi ade kemasukan baru yang membentuk satu level baru maka bonus ini akan anda terima.














Untuk bonus yang ke 3 ini. Pihak syarikat akan memberikan bonus sebanyak RM25 per paring. Kiraan bonus ini akan bermula dari level ke 6 sehinggalah tiada had. Ini bermakna sekiranya rangkaian anda mempunyai 10 paring maka 10xRM25= RM250, jika 100 bermakna 100xRM25=RM2500, bonus tersebut akan terus di kira sehingga tiada hadnya.

Namun begitu, maksimum jumlah paring adalah 200 paring sehari bermakna. 200xRM25=RM5000. Mungkin akan timbul di fikiran anda apakah akan terjadi sekiranya pada hari tersebut paring yg ada adalah 300. adakah baki 100 itu akan terus lenyap. Jawapannya tidak sama sekali. Dlm jiwa2u ini, lebihan 100 paring itu tetap juga akan di bayar oleh syarikat dimana bayaran tersebut akan ditunda ke esok harinya, ini bermakna bonus tersebut tetap juga anda dapat.















Matching bonus ini dikira mengikut level setiap org downline kita. Andainya kita menaja org dan org tersebut menaja orang lain maka. Bonus kita dikira berdasarkan bonus yang diterima oleh downline kita mengikut % tertentu seperti mana yg dinyatakan dalam gambarajah diatas.

Selain itu, bonus ini juga akan berjalan sekiranya, kita menaja org, ini bermakna selagi kita menaja org selagi itula matching bonus ini akan bergerak….

Profail Syarikat





Produk produk